Koleksi Sensasi

Penduduk Pakai Kostum Pelik di Silio


SILIO, Sepanyol - Beberapa orang lelaki memakai kostum pelik yang menyebabkan sebahagian mereka kelihatan seperti pokok pada Festival Vijanera di Silio.

Terdapat juga penduduk yang memakai topeng muka, kulit haiwan dan pakaian yang berwarna cerah pada festival itu. Ia merupakan festival pertama diadakan di Eropah pada awal tahun ini. Festival tersebut berasal dari era empayar Rom.

Muka penduduk yang menyertai festival itu diwarnakan hitam dengan kepercayaan ia akan dapat mengelak kedatangan roh jahat. - Agensi