Koleksi Sensasi

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan dan panduan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup dan ikutan, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.

Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa': 80)