Koleksi Sensasi

Wartawan Al-Jazeera Mati Ditembak


BEIRUT - Seorang wartawan agensi berita Al-Jazeera, Mohammed Hourani terbunuh apabila ditembak oleh penembak curi di Basra al-Harir, wilayah Daraa, Syria.

"Mohammed Hourani ditembak mati di Basr al-Harir ketika beliau membuat liputan mengenai pertempuran antara penentang Presiden Bashar Al-Assad dengan tentera kerajaan," lapor Al-Jazeera.

Sebelum menyertai Al-Jazeera, Hourani ialah seorang aktivis sewaktu kebangkitan rakyat menentang Bashar. Beliau merupakan wartawan kedua yang ditembak mati oleh penembak curi di Syria dalam tempoh 24 jam.

Pada Khamis, seorang wartawan perancis, Yves Debay mati ditembak di Aleppo, jelas Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Berdasarkan kepada pengiraan agensi berita AFP dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Paris, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 20 orang wartawan profesional telah terbunuh dalam konflik di Syria yang sudah berlarutan selama 22 bulan. - AFP