Selepas melihat beberapa selebriti melakukan penghijrahan, seorang lagi selebriti tanah air telah mengikut jejak langkah sama dengan mula mengenakan hijab atau bertudung.  
Pelakon dan penyanyi popular, Azza Elite telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas memegang watak wanita muslimah menerusi drama 'Mujahid' pada tahun lalu.
 
"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.
 
"Sebenarnya, sebelum 'Mujahid', saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama 'Kiah Pekasam' bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.
 
"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dipetik daripada mStar Online.
 
Azza yang mula bertudung sejak 6 Januari lalu melahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily