Koleksi Sensasi

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia


Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.45 petang semalam. 

Berita ini disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi akaun Twitter miliknya.

“Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua. Jenazah dimandikan di sini juga.

“Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini (malam tadi), jenazah akan dibawa ke Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian,” katanya kepada Sinar Harian Online. 

Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar.