Koleksi Sensasi

Jimmy Shanley Diberi Dua Jam Jumpa Anak


Pengacara Jimmy Shanley mengakui hanya berpeluang meluangkan masa bersama anaknya, Zahra Rania selama dua jam sahaja pada perjumpaan terakhirnya yang berlaku pada 23 Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Jimmy turut mengakui kurang selesa dengan kehadiran bekas ibu mertuanya, Datin Muniroh Kassim dalam perjumpaan bersama anaknya yang kini berusia setahun lapan bulan. 
 
“Masa dua jam untuk saya berjumpa dengan anak tidak cukup. Saya mengandaikan dapat bermalam dengan anak, tapi tidak dapat sebab bekas ibu mentua ada bersama,” katanya dalam perbicaraan hak penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Tinggi Syariah, Selasa lalu.
 
Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menemui noktah selepas sah bercerai talak satu secara tebus talak (khuluk) dengan nilai ganti rugi RM1 pada 10 Oktober lalu.