Koleksi Sensasi

Kemaskini: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria



Seorang komander mujahidin FSA menyatakan bahawa mujahidin telah mula menyerang kedudukan Hezbolla di Lubnan pada 21 Februari yang lalu, kurang daripada sehari selepas ketua staf mujahidin FSA mengeluarkan kata dua kepada kumpulan militan itu supaya menghentikan serangan di wilayah yang dikuasai mujahidin Syria. 

"Kami telah mengebom wilayah Hezbolla di Lubnan dan Syria. Mujahidin FSA merancang untuk terus membedil kedudukan mereka," kata Kolonel Hisham al-Avvak. 

Beliau turut mengancam untuk mensasarkan kubu kuat Hezbolla di selatan Beirut kecuali Hezbolla menghentikan operasi bersama dengan angkatan tentera rejim Basyar.