Koleksi Sensasi

Konvoi Bermotor Pertahan Kalimah Allah PERKASA Tarik Hampir 8,000 Kehadiran

PADANG SERA – PERKASA sekali lagi menggemparkan bumi Malaysia apabila satu program konvoi bermotosikal dan kereta berjaya menarik hampir 8,000 orang peserta. Gabungan ahli-ahli PERKASA dari negeri Perlis dan Kedah menunjukkan betapa mereka akan menentang habis-habisan agar kalimah Allah tidak digunakan di dalam kitab Bible.

Program anjuran PERKASA Kota Setar telah diadakan dengan jayanya dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Mukhriz Bin Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun Kedah turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Abu Hassan Sarif, ADUN Kota Siputeh Kedah. Turut hadir bersama ialah Tuan Presiden PERKASA Malaysia Datuk Ibrahim Ali.

Objektif program ialah untuk menunjukkan betapa Pentingnya kalimah Allah kepada umat Islam di Malaysia dan tiada pihak berhak untuk menggunakan sewenang-wenangnya terutama kepada mereka yang buka beragama Islam. Namun begitu, menurut presiden PERKASA Malaysia, Kalimah Allah masih selamat selagi adanya undang-undang untuk mempertahankan kalimah Allah di Malaysia.

Namun begitu, dalam ucapan Dato Ibrahim Ali, perkara mengenai isu kalimah Allah adalah sengaja dibangkitkan oleh Lim Guan Eng kerana ada agendanya tersendiri iaitu memecahbelahkan orang melayu. Apabila terjadi perbalahan antara PAS dan UMNO dalam isu tersebut, maka akan terjadilah perpecahan yang tersangat dahsyat antara orang melayu di Malaysia.

Oleh itu, belia menyeru agar semua rakyat Malaysia memahami natijah sebenar perjuangan PERKASA untuk mempertahankan kalimah Allah dan perlu memahami isu ini dengan lebih mendalam. Beliau juga menasihatkan agar isu ini jangan dipandang remeh kerana agenda sebenar isu ini amat merbahaya kepada agama Islam itu sendiri.

Dalam ucapan YB Dato’ Paduka Mukhriz pula, beliau sangat terharu dengan kebangkitan umat islam apabila ujudnya satu gerakan yang dianjurkan oleh PERKASA demi mempertahankan kalimah suci Allah SWT. Beliau juga menyatakan amat keliru dengan pendirian Nik Aziz apabila pada mulanya membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible kemudian akhirnya tidak membenarkan semula.

Beliau juga turut meluahkan rasa hampa dengan sikap Nik Aziz sebagai mursyidul am yang selalu melaungkan perjuangan islam di malaysia tentang isu kalimah Allah ini. ianya dilihat remeh apabila Nik Aziz tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mempertahankan kalimah Allah demi kepentingan parti politik.

Namun, beliau amat berharap agar semua umat Islam di Malaysia akan terus mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan di dalam kitab Bible kerana pelbagai kebarangkalian yang negatif boleh berlaku.

sumber gambar: fb 
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/542652_429909933754697_1549544733_n.jpg