Koleksi Sensasi

Sharnaaz Batal Hasrat Risik Shila


Kemelut yang berlaku antara pasangan Sharnaaz Ahamad dan Shila Amzah bersama bapa kepada penyanyi pelantun 'Patah Seribu' itu nyata belum menemui noktah apabila Sharnaaz sekali lagi memberi kenyataan balas terhadap kenyataan Shila sebelum ini. 

Dipetik daripada Sinar Harian Online, kenyataan Sharnaaz kali ini berbeza dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.

"Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi," tegasnya.

Pelakon filem 'Ruby' ini juga mendedahkan akan membatalkan hasrat untuk merisik Shila pada Mac ini. 

"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.

"Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi," katanya dengan nada yang kecewa.