Koleksi Sensasi

Malasnya Nak Cek Baki Wang

Anda tentu bosan dengan gaji yang tidak selalunya cukup, jawatan tidak berapa baik..ramai yang dengki di tempat kerja. Rezeki selalu sempit, perbelanjaan tinggi dan hutang banyak. Pening memikirkan semua ini, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sesekali terlintas dalam hati untuk memberikan sesuatu untuk orang-orang yang disayang, tetapi sayang, wang tidak cukup. Jika pergi ke pasaraya, keluar RM200 sekejap saja sudah habis, barang dalam troli tak seberapa sangat. Apa lagi kalau cucuk duit di ATM, rasa malas nak cek baki sebab takut wang menjadi semakin sikit.

Setiap hari berfikir bagaimana nak ubah kehidupan, ada yang masuk macam-macam seminar untuk jadi kaya. Tarik lahirlah, tarikh beranak lah, kuasa minda la ..macam-macam, tapi hidup masih juga tak berubah.

Sebenarnya bagaimana untuk benar-benar berubah?