Koleksi Sensasi

Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia


LONDON - Aktor Richard Griffiths (gambar) yang berlakon dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 65 tahun, kata seorang ejennya.

Menurut ejennya, Simon Beresford, Griffiths disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung selepas dia menjalani pembedahan di Hospital Universiti Coventry, tengah England.

Dia yang memegang watak Vernon Dursley yang merupakan bapa saudara Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe muncul dalam lima siri filem itu.

Griffiths turut dikenang oleh para peminatnya menerusi watak Uncle Monty dalam filem tahun 1987, Withnail & I.