Koleksi Sensasi

Penceroboh SULU Guna Ilmu Hitam?


SHAH ALAM – Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan  yang sedang berkhidmat di Lahad Datu  mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitam. 

Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan. 

Penggunaan tangkal itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara. 

Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, sabda Nabi Muhammad SAW ada mengatakan bahawa haram mengamalkan ilmu hitam.