Koleksi Sensasi

Tragedi Yang Memalukan David Beckham


DIA memang terkenal dengan kebolehan mengambil tendangan percuma di padang bola. Bagaimanapun benarlah, tiada manusia yang sempurna, walaupun keahliannya diakui dunia. Buktinya, David Beckham juga boleh tersungkur di tengah padang, ketika mahu menunjukkan tendangan ‘hebatnya’ di hadapan ribuan orang baru-baru ini.

Peristiwa itu berlaku ketika dia membuat pertunjukan di hadapan beberapa pemain bola sepak remaja di daerah Hubei, China. Di situlah, David Beckham secara tidak sengaja telah terjatuh.

Satu insiden yang boleh dikatakan agak memalukan untuk bintang bola sepak bertaraf dunia sepertinya tetapi Beckham melaluinya secara professional. Malah, dia masih sempat menghadiahkan senyuman kepada orang ramai yang menyaksikan ‘kegagalannya’.

Pemain bola sepak terkenal dunia berumur 37 tahun itu berada di negara tersebut selama lima hari untuk sesi jelajah ke beberapa daerah.


Sesuai dengan imejnya, kehadiran Beckham di atas padang tersebut tetap kemas dengan pakaian mewah.

“Semuanya nampak serba salah apabila dia kehilangan pertimbangan badan dan akhirnya terjatuh.

“Bagaimanapun Beckham jatuh dalam keadaan penuh bergaya dan semangat yang hebat,” ulas pemerhati yang turut berada di lokasi kejadian.

Antara sebab mengapa pemain dari kelab Paris St. Germain (PSG) itu terpaksa melalui pengalaman tersebut adalah kerana dia memilih untuk menendang bola dengan memakai kasut kulit mewah. Tanpa kasut bola khas berjenama yang selalu dipakainya ketika di padang menyebabkan dia berhadapan dengan risiko tersendiri.

Sementara itu ketika berada di negara tersebut, Beckham turut berjanji untuk berada lebih lama di sana bagi memastikan sukan bola sepak negara itu berada di kedudukan yang lebih tinggi di mata dunia.