Koleksi Sensasi

Aishah Harap Wakili Artis Di Parlimen


Selepas diumumkan sebagai salah seorang calon pilihan raya bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, penyanyi Aishah berharap dapat menjadi suara bagi golongan artis di peringkat yang lebih tinggi. 

Memetik laporan mStar Online, Aishah menganggap pemilihan ini merupakan perspektif baru dalam perjuangannya sebagai anak seni serta amanah besar yang terpaksa dipikul. 

"Alhamdulillah satu amanah besar dari PAS Pusat untuk saya dan pengiktirafan kepada golongan artis.

"Saya menerima tawaran bertanding dengan harapan agar dapat sedikit sebanyak menjadi 'suara' bagi golongan artis," ujarnya.

Aishah menyertai PAS pada Mei tahun lalu dan mempunyai kelulusan dalam bidang sains politik daripada sebuah universiti di New Zealand. mh