Koleksi Sensasi

Fizz Fairuz Upah Pengawal Jaga Keselamatan


Sebagai langkah keselamatan, pelakon Fizz Fairuz telah mengupah empat pengawal peribadi ketika menghadiri majlis-majlis hiburan.  Fizz menjelaskan, langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakkan apabila dikerumuni peminat ketika ingin ke lokasi lain. 

"Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.

"Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja. Tetapi, apabila di luar waktu kerja-kerja seni, mereka ini menjadi teman lepak pula," ujarnya yang dipetik daripada mStar Online. 

Dalam perkembangan lain, Fizz menganggap kesilapannya menduakan Almy dengan bertunang bersama wanita lain sebelum ini benar-benar memberi pengajaran agar lebih menghargai erti perhubungan cinta yang pernah dilalui bersama Almy sepanjang tujuh tahun bersama.

"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu," ujarnya yang enggan terburu-buru dalam perhubungannya bersama Almy.MH