Koleksi Sensasi

Ibu Ditahan Disyaki Bunuh Tiga Bayinya


Di Poland, seorang ibu, Lucyna D, 41 tahun disoal siasat pihak pendakwaraya kerana disyaki membunuh tiga bayinya yang baru dilahirkan.

Mayat tiga bayi lelaki itu ditemui dalam peti sejuk kediamannya di bandar utara Lubawa selepas digeledah polis.

Lucyna mengaku membunuh ketiga-tiga bayinya itu.

Pasukan pendakwaraya akan membuat pertuduhan menyabitkan Lucyna dengan tiga pembunuhan itu.

Jika disabit kesalahan dia boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Lucyna mendakwa menyimpan mayat bayinya dalam peti sejuk kerana tidak dapat berpisah dengan mereka.

Pasukan forensik akan memeriksa mayat bayi itu bagi menentukan punca kematian dan sama ada mereka masih hidup ketika dilahirkan.

Suami Lucyna turut ditahan untuk soal siasat.

Mereka ditahan polis lewat kelmarin selepas jiran memaklumkan kepada polis tidak melihat kelibat bayi sedangkan Lucyna sebelum ini mengandung.

Pasangan itu mempunyai anak berusia antara enam hingga 22 tahun yang kini dalam penjagaan kaum  keluarga selepas mereka ditahan.