Koleksi Sensasi

Orang China Paling Takuti Tua


BEIJING - Satu tinjauan umum sebuah badan penjagaan kesihatan ternama British mendapati, rakyat China antara yang paling bimbang apabila usia mereka sudah meningkat tua, lapor akhbar China Daily.



Kajian meliputi 12 buah negara itu menunjukkan 28 peratus warga China tertekan memikirkan umur sudah bertambah malah lebih separuh daripada responden berusia 45 tahun menganggap diri mereka sebagai orang tua.

Namun, apa yang menarik menerusi kajian yang dijalankan pada Jun dan Julai lalu mendapati, 72 peratus daripada responden yang berusia 65 tahun ke atas tidak berasa umur mereka sebagai sudah lanjut.

Tinjauan itu juga menunjukkan satu pertiga rakyat China tidak membuat tabungan ketika umur muda bagi menghadapi usia persaraan manakala 46 peratus tidak mengambil insurans sebagai persediaan apabila tua. - Agensi