Koleksi Sensasi

Peluru Berpandu Pyongyang Boleh Sampai Ke Washington


Seoul mendakwa Pyongyang akan melancarkan ujian peluru berpandu jarak pertengahannya pada bila-bila masa sahaja.

Langkah itu bagi mempamerkan kekuatannya menjelang sambutan ulangtahun kelahiran pengasasnya, Kim Il Sung, Isnin ini.

Pyongyang telah pun mengerahkan lima peluru berpandu jarak pertengahannya Musudan ke pesisir perairan timurnya.

Musudan boleh mencecah sasaran sejauh 3,500 kilometer hingga ke pangkalan Tentera Amerika Syarikat di Pasifik, Guam.

Seoul dan Washington kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang pelancaran peluru berpandu Pyongyang.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel memberi amaran Korea Utara telah menghampiri sempada garisan berbahaya.

Washington tegasnya tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas terhadap sebarang tindak tanduk Pyongyang.

Ancaman Pyongyang memaksa Washington mengerahkan lebih banyak aset tenteranya ke semenanjung Korea ekoran ancaman yang kian meningkat.

Jepun telah pun menempatkan beberapa sistem pertahanan Patriot Pac-Three di lokasi utama sekitar Tokyo.

Seoul dan Washington pula meningkatkan lagi tahap risikan tentera terhadap aktiviti yang berlangsung di Pyongyang.