Koleksi Sensasi

Pengemis Paling Kaya Amerika Syarikat


Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai ‘pengemis kaya’ dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 – $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 – $800 (sekitar RM900 – RM2400).