Koleksi Sensasi

“Saya Bukan Gila!!” – Bobo

Nama Bobo bukanlah siapa-siapa pada awalnya tetapi hangat diperkatakan apabila parodi lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae mendapat impak dan maklumbalas luar biasa dari orang ramai hingga ada yang terikut-ikut!. Sehubungan dengan itu, Bobo telah dipelawa pihak MIG yang diketuai David Teo untuk ditawarkan sebagai pelakon di bawah MIG. Rezeki Bobo lah tu.ohartis
Terbaru, Bobo tampil dengan video Parody lagu ‘Jahat’ nyanyian Stacy yang teruk menerima kritikan dari orang ramai. Boleh kami katakan hanya sebahagian kecil sahaja yang menyukai parodi tersebut dan yang lainnya rata-rata mengutuk dan menghina Bobo sebagai seorang yang kurang sioman dan gila!
“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik ‘Jahat’ yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman. Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya.”
Pada kami mudah sahaja. Video parodi yang dimuatkan sendiri dengan durasi pendek di Youtube, selalunya akan menjadikan ianya sebuah video yang unik dan digemari berbanding video parody yang telah dirancang kerana terlalu panjang dan terlalu dibuat-buat hingga melahirkan rasa menyampah pada orang ramai untuk menonton.
Kami petik satu respon di Youtube:
Sebenarnya apa bakat yg dia ada nie???aku tertanya-tanya…adakah sebab sifat pondan mautnya itu??itu bukan bakat!!…kalo pondan tp suara original merdu itu yg kita katakan seseorang itu berbakat…ini, dahlah bapuk lepas tu ajuk suara artis lain pula…Ini lah bakat yang tidak boleh diterima alam namanya…
Apapun good luck untuk Bobo yang baru sahaja selesai penjalani penggambaran filem sulungnya bertajuk ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?” yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Wah dah jadi pelakon ya kau Bobo! Sentap hati mak nak!