Koleksi Sensasi

Sir Richard Branson Jadi 'Pramugari'


Pengasas dan Pengerusi Virgin Group Sir Richard Branson (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez (kiri) tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, di sini, Ahad. Branson dan Fernandez tiba pada 12.30 tengah hari, dengan pesawat khas AirAsia X melalui penerbangan amal, yang berlepas dari Perth, Australia. Derma telah berjaya dikumpul dan didermakan kepada Yayasan Kanak-Kanak Starlight, Australia. 

Pada Disember 2009, Branson telah mencabar pasukan Lotus F1 Fernandes untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing dalam Formula 1 2010. Yang kalah akan berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan pemenang. Branson kalah dan perlu melaksanakan janjinya. - fotoBERNAMA