Koleksi Sensasi

Bangladesh Kritik Tindakan AS

DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh mengkritik keputusan oleh Amerika Syarikat (AS), yang mahu mengurangkan perdagangan ke negara itu susulan runtuhan kilang yang mengorbankan lebih 1,100 nyawa, baru-baru ini.

“Perkara ini amat mengejutkan walaupun kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi menjamin keselamatan pekerja dan meningkatkan tahap keselamatan kilang bagi melindungi hak pekerja,” kata Menteri Luar, semalam.

Sebelum ini, AS mengumumkan mengeluarkan Bangladesh dari senarai perdagangan bebas yang sebelum ini diletakkan di bawah program  Generalized System of Preferences (GSP) kerana bimbang keadaan bahaya dan tidak selamat akibat runtuhan kilang pada April lalu.

Menurut laporan Al-Jazera, GSP adalah program negara AS yang menghapuskan duti import daripada 127 negara bagi membantu perkembangan ekonomi mereka.

Jika perkara ini dilaksanakan, Bangladesh terpaksa membayar duti bagi membawa masuk produknya ke pasaran AS.

Sejurus insiden runtuhan bangunan, kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan tahap keselamatan bagi pekerja selepas bencana terjadi.