Koleksi Sensasi

Dafi Ditangkap Khalwat ?


Menurut laporan yang disediakan oleh sebuah akhbar dan portal hiburan, kononya penyanyi  Dafi berada di Batu Pahat, Johor untuk satu penggambaran telah di’tangkap khalwat bersama pembantu peribadinya dalam satu bilik hotel yang sama.

Menurut Dafi, pada jam 1.00 pagi bilik beliau telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat dan telah meminta kebenaran untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dirinya telah bersekedudukkan  namun kesemua mereka  beredar dari bilik Dafi kerana tiada bukti yang kukuh.

Mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita, namun Dafi menganggap tuduh khalwat itu sebagi satu yang mengarut.