Koleksi Sensasi

Dayung Kayak Cair Terkena Larva Gunung Berapi

 Sukan kayak antara sukan air yang banyak diminati oleh golongan muda. Secara asasnya, jika mahu bermain kayak kita perlu mengetahui cara-cara untuk mendayung sama secara ke depan atau membelok.  Menyentuh sukan kayak ini, Melayukini.net mahu berkongsi tentang keberanian tiga orang lelaki bermain kayak di sekitar lelehan larva gunung berapi. Apa yang bahayanya, sehinggakan dayung kayak tersebut cair apabila terkena cecair larva. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Berkayak di antara lelehan larva pastinya tidak akan pernah anda bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.

Namun, itu saja dianggap tidak cukup kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.

Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu, air laut boleh membakar kedua tangan mereka.