Koleksi Sensasi

Jawatan Tertinggi Umno Boleh Dicabar

KUALA LUMPUR - Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.