Koleksi Sensasi

Justin Bieber Punyai 40 Juta Pengikut Di Twitter

PENYANYI Justin Bieber menjadi individu pertama yang berjaya mempunyai pengikut teramai di laman sosial Twitter iaitu sebanyak 40 juta.

Terkenal dengan lagu Baby, Justin yang membuka akaun Twitter pada September 2009 pada awalnya pernah mempunyai pengikut seramai 40 orang sahaja dan perkhabaran terbaru itu cukup mengharukannya.

"Terima kasih atas sokongan anda semua," ujarnya dalam satu entri pada Jumaat.

Dalam pada itu, Justin turut mendedahkan dia bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Heartbreaker kepada para peminatnya.

Bagaimanapun dia tidak memberitahu secara jelas bila akan dilancarkan namun ia telah mendapat 600 ribu 'likes' dalam masa sejam selepas dia mendedahkan perkara itu di laman Instagram miliknya.