Koleksi Sensasi

Pembunuhan Beramai-Ramai Umat Islam Palestin


Lagi bukti jenayah kejam Diktator kuku besi Syiah Assad. Kononnya Syiah menggunakan nama Palestin sebagai tiket untuk membunuh Sunni, tetapi kini kata-kata mereka telah memakan diri mereka sendiri. Pelarian Palestin di Kem Palestin turut menjadi target bom-bom mereka.

Khan El Sheeh kem pelarian Palestin, wilayah Damsyik, 19-06-2013: Tentera Rejim Syiah telah menjalankan satu lagi pembunuhan beramai-ramai yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak di Khan El Sheeh iaitu sebuah kem pelarian Palestin, sebahagian besar mereka yang syahid adalah pelarian Palestin yang sebelum ini dipindahkan daripada Kem Yarmouk iaitu sebuah Kem pelarian di bandar Damsyik.

Mereka yang telah Syahid berlindung di sekolah UNRWA di dalam kem itu, dimana rejim telah mengsasarkan bom apabila mengetahui bahawa sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak pelarian.