Koleksi Sensasi

Raja Azmi Adakan Sidang Media Kes Tipu Adam Davin

Susulan kes penipuan yang dilakukan oleh pendatang baru, Adam Davin yang mendakwa bakal menjadi pelakon utama filem 'Anak Ikan' arahan Raja Azmi, penerbit tersebut bakal mengadakan sidang media tergempar tentang hal tersebut. 

Menerusi kiriman SMS yang mewakilinya, sidang media akan diadakan pada 6 Jun ini bertempat di RK Recipe Cafe and Catering, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Raja Azmi telah membuat laporan polis berhubung penipuan yang dilakukan oleh Adam kerana mempergunakan namanya bagi mengadakan  uji bakat filem 'Anak Ikan'.

Selain itu, ada pihak lain membuat aduan yang sama, tetapi kali ini mendakwa Adam telah mengambil sejumlah duit atas urusan pembelian telefon bimbit.