Koleksi Sensasi

Yana Samsudin Ada Deria Keenam

Yana Samsudin Ada Deria Keenam - Pelakon cantik manis, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dirinya memiliki kelebihan deria keenam sejak dari kecil lagi.

Selain itu, Yana juga mengakui kerap mengalami mimpi dan perkara itu akan menjadi kenyataan di alam realiti atau lebih dikenali sebagai Dejavu.

Menurutnya lagi, dia juga sering berjumpa dengan gumpalan rambut di bilik air walaupun sudah membersihkan bilik air sebelum ini.

“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tildak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang,” jelasnya yang dipetik menerusi Metro Ahad, hari ini.

Mungkin Yana mempunyai kelebihan seperti sesetengah orang yang mampu melihat benda halus.

Mungkin perkara-perkara sebegini berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya yang kita sendiri tidak dapat menilai pada pandangan mata yang kasar.

Semoga Yana tabah dengan ujian yang dihadapinya dan kalau rasa semakin keterlaluan gangguan itu, tak salah cuba dapatkan khidmat mereka yang pakar dengan perkara-perkara sebegitu.maklumat