Koleksi Sensasi

Black Anjur Sidang Media Umum Tarikh Nikah

enyanyi Black mengesahkan bakal berkahwin dengan tunangnya yang dikenali sebagai Cira Khairi pada September ini namun tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar majlis itu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, pihak pengurusannya iaitu The 8 Unit akan mengadakan satu sidang media khas bagi memaklumkan mengenai perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.