Koleksi Sensasi

Mati Kena 9 Das Tembakan


Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Gula menghala ke Semanggol di sini semalam.


Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang belum diketahui identitinya itu ditemui terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja pada pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru bersaiz 9 milimeter jenis Luger.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, semakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang di Puchong, Selangor baru-baru ini.


"Ketika ditemui, mayat mangsa tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu berada dalam keadaan bersandar pada tempat duduk belakang dengan beberapa kesan tembakan di kepala," katanya.