Koleksi Sensasi

PERKASA Tampal Nota Bantahan Di Kedutaan Vatican


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (JATI) hari ini menghantar nota bantahan ke pejabat wakil Vatican berhubung sokongan wakilnya terhadap penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu sebelum ini.

NONENota yang diserahkan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di pondok pengawal kedutaan Vatican itu mendesak Ketua Biskop Josep Marino memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka melalui media dan bukan kepada Wisma Putra sahaja.

"Saya ingin umumkan yang Joseph Marino adalah duta persona non grata di Malaysia.

"Beliau tidak dikehendaki di sini dan perlu meninggalkan Malaysia," katanya selepas menampal tiga helai nota itu di pondok pengawal kedutaan petang tadi.

Mengiringi Ibrahim adalah rombongan seramai kira-kira 30 orang dan beberapa penyokong yang berbaju Melayu hitam bersampin dan bertengkolok.