Koleksi Sensasi

Bantuan Untuk Adik Nur Haiqal

Adik Nur Haiqal memerlukan bantuan untuk pembedahan membetulkam juling kerana Adik Haiqal sudah mula menunjukan simptom lazy eye tahap 2 dimana tahap kerabunanbya kini 500 kanan 400 kiri dan silau kanan 200 kiri 150 di usia yang terlalu muda dan dikhuatiri tahap kerabunannya semakin meningkat.



Kini Adik Haiqal hanya menjalani rawatan pakar mata hospital temerloh setiap bulan dan rawatan Pakar Mata Yusof di Bentong.


Menurut doktor yg merawatnya, lama kelamaan mata Haiqal akan semakin malas untuk bergerak dan akan menyebabkan matanya akan semakin teruk sekiranya tidak dibetulkan julingnya itu. Tiada insentif lain selain pembedahan betulkan juling bagi menyelamatkan mata Haiqal dan pemakaian cermin mata ini hanyalah untuk membantu Haiqal untuk melihat lebih jelas.

Ibu Adik Haiqal merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ayahnya bekerja sebagai polis bantuan Sime Darby. Dengan anggaran KOS PEMBEDAHAN yang agak besar iaitu lebih kurang RM4,000, keluarga Haiqal sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari semua untuk sama-sama merawat mata Adik Haiqal.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bole terus menyumbang ke account ayah Adik Haiqal 154044758879-maybank (Mohd aris bin mohamad)

Semoga dengan bantuan dari semua, akan ada sinar baru buat Adik Haiqal untuk melihat dengan lebih sempurna..
fb KSI