Koleksi Sensasi

Bapa Belasah Perogol AnakHingga Mati Tidak Dihukum


Houston: Seorang bapa yang membelasah perogol anaknya sehingga mati terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki terbabit yang berusia 23 tahun mengetahui anaknya menjadi mangsa rogol selepas mendengar mangsa menjerit. 

Apabila dia menyiasat, didapati seorang lelaki Jesus Mora Flores, 47, mencabul anak perempuannya yang baru berusia lima tahun di sebuah kawasan terpencil. 

Lelaki terbabit Bapa mangsa membelasah Flores hingga suspek tidak sedarkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan 911.

Juri mahkamah di Texas dimaklumkan bahawa bapa mangsa bimbang apabila menyedari Flores tidak sedarkan diri.

Dia juga menawarkan diri untuk membawa suspek ke hospital apabila operator 911 lambat mengesan lokasi ladang itu. 

“Suspek akan mati dan saya tidak tahu apa yang patut dilakukan,” katanya. 
Polis di Shiner, Texas enggan mengenakan dakwaan terhadap bapa mangsa selepas Flores meninggal dunia dalam kejadian Jun lalu itu. 

Sementara itu, juri diminta membuat keputusan mengenai dakwaan yang mungkin dikenakan, tetapi mereka mengatakan serangan itu sebagai membela anaknya. 

Pendakwa raya Heather McMinn berkata, mengikut undang-undang Texas, “serangan yang membawa maut dibenarkan demi untuk menghentikan serangan seksual atau serangan yang sengaja dilakukan bagi mencederakan orang lain. - Agensi