Koleksi Sensasi

[Fakta] 6 Manusia Tertinggi Yang Pernah Wujud

Kebanyakkan orang sekiranya ditanya, mungkin ingin memiliki tinggi badan yang ideal kerana ketinggian badan dapat memberikan keyakinan terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan masyarakat umumnya..Bercakap mengenai tinggi badan, pernahkah anda dengar mengenai mereka yang memiliki tinggi badan yang abnormal? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni.. 

1. Yao Ming
Yao Ming merupakan seorang pemain bola keranjang pertama di China yang pernah bermain bersama persatuan NBA Amerika. Yao Ming lahir di Shanghai pada 12 September 1980 dan mempunyai ketinggian sebanyak 229 cm dengan berat badan mencapai 155 kg.drysheet

2. Robert Wadlow
Robert Wadlow dilahirkan pada 22 Februari 1918 di Alton, Illinois. Dia mempunyai tinggi badan sebanyak 272 cm dengan berat badan mencapai 220 kg, namun sayangnya Robert Wadlow tidak mempunyai umur yang panjang di mana dia meninggal dunia ketika hanya berusia 22 tahun setelah terjatuh semasa menghadiri festival hutan kebangsaan pada 4 Julai 1940.

3. Leonid Stadnyk

Leonid Stadnyk memiliki tinggi badan sebanyak 257 cm dengan berat badan mencecah 200 kg. Leonid Stadnyk berasal dari Ukraine dan mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor pakar haiwan. Namanya tercatat di dalam Guinness Book of Records sebagai manusia yang paling tinggi ketika ini.

4. Al Tomaini

Al Tomaini di katakan memiliki tinggi badan sebanyak 255 cm dengan berat badan mencapai 162 kg. Dia mempunyai pekerjaan sebagai salah seorang ahli sarkas "Great Lakes Exposition" yang bertapak di Chicago. Al Tomaini meninggal dunia pada tahun 1962.

5. Väinö Myllyrinne

Väinö Myllyrinne memiliki tinggi badan sebanyak 251cm dan memiliki berat badan sebanyak 197 kg. Väinö Myllyrinne dilahirkan pada 27 Februari 1909 di Helsinki, Finland dan meninggal dunia pada tahun 1963.

6. Johan Aason

Johan Aason memiliki tinggi badan sebanyak 279 cm. Dia dilahirkan pada 5 Mac 1890 di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada tahun 1938.