Koleksi Sensasi

Majalah Fuyyoo! - Majalah Kartun Lagenda


Dalam kesibukan pasaran majalah di Malaysia dengan isu k-pop dan artis separuh bogel, bolehlah lagi kita mengembalikan zaman kegemilangan kartun tanah air di era 90an?. Gila-Gila, Ujang, Gelagat, Gelihati, Boom, Rileks, Din Beramboi dan banyak lagi majalah kartun telah mewarnai kehidupan zaman itu, ia menjadi satu zaman yang indah apabila disebut tentang kartun.

Dari hari ke hari majalah kartun tempatan dibelasah oleh komik-komik jepun yang ala-ala comel kononya. Hingga satu persatu majalah kartun tempatan berkubur begitu sahaja. Masa silih berganti, datang dan pergi..

Kini, kepada peminat kartun sekalian, anda boleh lupakan komik-komik jepun yang tidak best tu :). Telah lahir sebuah majalah kartun terbaru di Malaysia..Fuyyoo! telah memulakan edisi pertama dengan cemerlangnya. Bagaikan membaca kartun di majalah Gila-Gila pada tahun-tahun 90an. Barisan kartunis ada yang baru dan yang lama, nama-nama lagenda seperti Zainal Buang Hussein, Duku turut menyumbang karya mereka di dalam majalah ini. Cakap banyak tak guna, dapatkan sekarang di pasaran.