Koleksi Sensasi

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Dramatis Maimon Mutalib, 54, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) telah meninggal dunia pada pukul 3 petang Sabtu.

Berita tersebut telah disahkan Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi, yang dihubungi mStar Online.

Allahyarham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jumaat namun pihak keluarga membawa pulang Allahyarham pada Sabtu pukul 12 tengah hari tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Kg. Sialang, Tangkak Johor.

Maimon yang juga merupakan ibu tunggal mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Keristifa dan Abdul Rahman Keristifa, 16.

Berita selanjutnya selepas ini.