Koleksi Sensasi

Pencuri Tulis Surat Minta Maaf Dan Kembalikan Wang Yang Dicuri Selepas 11 Tahun


Seorang pencuri telah menulis surat permohonan maaf kepada mangsanya serta turut menyertakan wang untuk membayar balik wang yang dicurinya.

Pemilik Interasian Market, di Nashville menerima surat tersebut yang dihantar ke kedainya minggu lalu. Antara kandungan surat itu ialah,

“saya tidak mengambil dadah lagi dan saya merasa bertanggungjawab terhadap mereka yang telah saya sakiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya berharap anada akan menerima wang ini dan memaafkan saya. Salam damai untuk anda, Tidak Dikenali”

Selain itu, pencuri yang juga bekas penagih dadah itu turut mengatakan bahawa dia telah mencuri enam tin minuman keras dan sejumlah $300 wang tunai dari kedai mangsa. Dalam surat tersebut, pencuri itu menyertakan $400 wang tuanai sebagai ganti rugi.

Selepas menerima surat itu, pemilik kedai, Wu, menjelaskan bahawa pihaknya sedia memaafkan individu terbabit. Katanya,

“kami nak dia tahu, jika dia sedang menonton, apapun keadaan anda sekarang, kami memaafkan anda atas apa yang telah berlaku”.

edisiblogger