Koleksi Sensasi

Rekabentuk Masjid Seperti Kuil Di China

masjid
Masjid Niu Jie di China mempunyai bangunan yang unik. Arsitekturnya sama sekali tidak seperti masjid, malah cenderung mirip kuil Buddha.
Bila tiba di depan Masjid Niu Jie, mungkin orang tidak mengira jika bangunan ini adalah sebuah masjid. Ini kerana Masjid Niu Jie dibina dengan tidak meninggalkan gaya China sedikitpun. Bahkan lebih kelihatan seperti kuil Buddha.
Masjid ini dibina pada tahun 995 M. Masjid Niu Jie Beijing merupakan masjid terbesar dan tertua di pusat bandar penduduk Muslim.
Luas Masjid Niu Jie lebih dari 6000 meter persegi dan merangkumi beberapa bangunan, antara lain ruang solat, Lou Bangge (menara), menara pemerhatian, dan dua pavilion dengan batu Steles.
Tengok ke luaran, Masjid Niu Jie sengaja direka dalam gaya China klasik, sehingga kelihatan seperti kuil Buddha. Berbeza dengan luaran yang bergaya China klasik, interior lebih bergaya tradisional Arab. Dan tentu saja, tidak ada berhala untuk dilihat. Kedua prasasti China dan Arab banyak menghiasi bangunan masjid ini.
zamrispoon