Koleksi Sensasi

1,703 Perwakilan Umno Muflis, Tidak Layak Mengundi


Nampak kisah muflis di Malaysia ini menjadi satu fenomena yang sukar dibendung. Sebelum ini dilaporkan sebanyak 245,000 individu di negara ini yang telah diisytiharkan muflis.

Dalam isu yang sama , dilapurkan juga bahawa pada tahun 2011, kira-kira 3,000 kakitangan awam muflis, seperti didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada The Malaysian Insider.

Tragedi muflis ini seakan-akan sinonim dengan apa yang sedang berlaku kepada sebilangan ahli UMNO yang sepatutnya menjadi perwakilan dalam pemilihan MT Umno pada pertengahan bulan Oktober ini.

Malangnya, hari ini dilapurkan seramai 1,703 daripada 146,000 perwakilan diisytihar muflis dan tidak layak untuk mengundi pada pemilihan Umno kali ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Jusoh berkata, perkara itu selaras dengan fasal 8.4 peraturan persidangan yang termaktub dalam perlembagaan parti dan peraturan yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kata Abdul Rauf, bagi mereka yang didapati muflis dibawah peraturan yang diluluskan pendaftar pertubuhan, mereka tak boleh dipilih, memilih dan mengundi selain di peringkat cawangan.

Abdul Rauf berkata, surat untuk memaklumkan mereka (perwakilan) mengenai perkara itu akan dihantar melalui Umno peringkat Bahagian secepat mungkin.

Selanjutnya, beliau berkata, bagi ahli yang dikenakan tindakan di bawah akta pertubuhan, mereka hilang hak untuk hadir dan mengambil bahagian pada persidangan sebelum cukup lima tahun keluar penjara atau dikenakan denda.addin77


Baca berita perwakilan Umno muflis di sini.