Koleksi Sensasi

Advertles Medium Pengiklanan Yang Boleh Dipercayai

Advertlets merupakan satu medium perngiklanan yang bertahan lama di Malaysia. Ia diasaskan oleh anak muda bernama Josh Lim. Kehadiran Advertlets adalah lebih awal dari Nuffnang.

Bagaimanapun, terdapat banyak isu blogger dengan Advertlets yang dikatakan tidak membayar para blogger. TETAPI tidak bagi MalaysiaSensasi, Advertlest tidak pernah gagal membayar berapapun earning yang dikumpul. 

Sebelum ini MalaysiaSensasi ada juga menulis tentang Advertlest dan dari situ ramai blogger bertanya bagaimana untuk mendapatkan pembayaran dari Advertlets. Sejujurnya, MalaysiaSensasi sendiri tidak tahu bagaimana caranya, tetapi ada beberapa tips yang boleh dikongsikan;

  1. BERSIKAP ADIL: Blogger perlu bersikap adil dengan Advertlets, kebanyakan blogger meletakkan iklan Advertlets di tempat yang tidak strategik dan sukar dilihat oleh pembaca seperti di bahagian paling bawah blog atau sebagainya. Jika begini sikap blogger, bagaimana Advertlets nak bayar?
  2. KANDUNGAN MENARIK: Kandungan blog juga mestilah menarik, tidak melibatkan kandungan-kandungan lucah, seks dan sebagainya. Jika kandungan tidak bermoral ini ada di dalam blog, Advertlets tentu berfikir 2 kali sebelum membayar kepada blogger.
  3. BLOG YANG HIDUP: Sesebuah blog mestilah selalu aktif, bukan hari ini update, minggu depan baru update post lain pula. Kalau boleh updatelah setiap hari, selang sehari atau sekerap mungkin. LEBIH BAIK jika ada ruangan komen di mana pembaca boleh memberi komen pada posting yang ditulis
Sebahagian earning MalaysiaSensasi

Sekian