Koleksi Sensasi

Anuar Zain Tiada Isu 'Lelaki Ini' Dinyanyikan Artis Indon

Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Ini yang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudul Tak Bisa Pilih.

Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.

Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.

Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan.