Koleksi Sensasi

Balu Wira Lahad Datu, Allahyarham ASP Zulkifli Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

ff
Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi tadi.Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.

Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.

Sedihnya, lahir tanpa kehadiran suami disisi yang terlebih dahulu menghadap ilahi..semoga beliau tabah.
6315_131844247004248_1012166405_n_wm
 Kenangan ketika perkahwinan ASP Zulkifli bin Mamat dan Nor Aziah Nor
ff



http://www.nescafeais.com/balu-wira-lahad-datu-allahyarham-asp-zulkifli-selamat-melahirkan-bayi-lelaki/#ixzz2h0E1i3h9