Koleksi Sensasi

Berperang Di Twitter - Syamsul Yusof Nasihat Sharifah Amani Jangan Biadap Bila Berbicara

Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2, Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.

Namun lewat malam tadi, Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi dan beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga diluahkan melalui Twitter.
Dalam pada itu, status Sharifah Amani ini seperti tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2.
Di bawah merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.

Menjawab status kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, beliau membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.
amani2
Semoga pertelingkahan ini tidak terus berlarutan, “buang yang keruh ,ambil yang jernih”.Kedua-duanya pun tahu,mana baik,mana buruknya..Enjoice!!!