Koleksi Sensasi

Fida Perjelas Isu Lari Dari Lokasi


Selepas didakwa sengaja melarikan diri daripada menjalani penggambaran telefilem 'Kampungku dan Aidiladha' atas alasan tidak berpuas hati dengan babak yang dikatakan menyindir dirinya, Fida Ibrahim tampil menjelaskan situasi sebenarnya. 

"Saya tidak dapat terima cara yang dikendalikan oleh produksi itu. Sudah beberapa kali pengurus saya berbincang dengan penerbit produksi itu, tetapi tidak diendahkan.

"Mereka memulakan penggambaran di lokasi yang tidak dimaklumkan dan kami terpaksa meredah sungai, tak ikut 'track' hutan, sehingga kami hampir jatuh tebing. Bagaimana kalau kami cedera dan tidak boleh berlakon kerana terlibat dalam kemalangan?" Ujar Fida yang dipetik daripada Sinar Harian Online. 

Dalam pada itu, Fida juga mendedahkan para pelakon diberi penempatan yang sangat teruk di mana dia terpaksa berkongsi bilik dengan empat pelakon lain termasuk ahli keluarga mereka.

"Saya bukanlah mengharapkan bilik mewah dan penempatan yang terlalu selesa, tetapi bayangkanlah apabila penginapan yang disediakan harus dikongsi seramai itu?" tambah Fida yang terkilan dengan pihak penerbitan yang sengaja membangkitkan alasan yang tidak munasabah terhadap dirinya.