Koleksi Sensasi

Gambar Menakjubkan Rupa Bentuk Gua Paling Besar Di Dunia

Jauh di kedalaman wilayah Quang Binh, Vietnam terletak gua Son Doong, gua terbesar di dunia.
Gua Ini pertama kali ditemui oleh seorang lelaki tempatan bernama Ho Khanh tahun 1991, dan kemudian diterokai oleh peneroka Inggeris pada tahun 2009.

Penerokaan mencari formasi alam yang luar biasa terletak di dinding gua, seperti gua mutiara unik, hutan bawah tanah, sungai, stalagmit raksasa, haiwan gua dan fosil purba.

Gua Son Doong diyakini berusia antara dua hingga tiga juta tahun, dengan lebar 200 m, tinggi 150 m dan panjang 9km. Gua ini begitu besar bahkan bangunan pencakar lanngit atau bandar sekalipun muat di dalamnya. Sayangnya keajaiban alam ini hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja, untuk masuk ke dalam gua, anda perlu membayar US $ 3,000.