Koleksi Sensasi

Giliran Rosyam Nor Pula Komen Isu ‘Perang Twitter’ Syamsul Dan Sharifah Amani

Dunia hiburan di Malaysia ni bukannya besar sangat pun. Kalau gaduh-gaduh, masam muka, hati membengkak pun last-last jumpa juga di suatu masa. Memang tak boleh nak lari jauh la. Jadi, perselisihan pendapat antara pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dengan Sharifah Amani itu hanyalah perkara kecil sahaja. Mungkin pihak media nampak mereka bergaduh, sedangkan bagi mereka tiada apa-apa pun.
Kalau sebelum ini, bapa kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam ada memberikan sedikit ulasan mengenai ‘perang Twitter’ Syamsul dan Amani, kali ini giliran ‘TAILONG’ atau Rosyam Nor pula menyampaikan pandangan beliau mengenai isu tersebut.
Memetik laporan OhBulan, Rosyam Nor yang juga merupakan salah seorang pelakon filem KL Gangster 2 telah berkata, isu seperti itu tidak sepatutnya timbul. Baginya tidak salah untuk mengajak kanak-kanak menonton filem tersebut di pawagam sebab rata-ratanya telah menonton filem itu lebih awal di rumah.
“Saya memang suka dapat PG13 sebab semua orang boleh tengok filem KL Gangster 2 di pawagam. Kalau nak tahu, sebelum filem itu keluar di pawagam, ramai budak-budak dah panggil saya dengan gelaran Tailong. Kalau tak dapat PG13 pun filem ini dah bocor awal dan budak-budak memang ramai dah tengok di internet. Jadi, kita harap pihak berkuasa perlu memantau kenapa mesti ada isu cetak rompak. Kalau dah ada benda-benda macam ini, rasanya tak salah untuk bawa budak-budak tengok filem tersebut di pawagam. Tak ada isu yang perlu dibesarkan dan tak perlu bergaduh. Lagipun ini semua untuk industri kita juga.”
Rosyam Nor juga menafikan filem KL Gangster 2 telah mendapat kelebihan berbanding filem lain oleh pihak berkenaan. Jelas beliau, sebagai penerbit mereka layak membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan genre klasifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
“Tak ada apa-apa kelebihan yang diberikan untuk filem KL Gangster 2 sebab filem itu dah ditonton awal oleh kebanyakan penonton. Sebagai penerbit, sepatutnya mereka harus tahu bagaimana nak mempromosikan filem masing-masing. Jadi, mereka tak boleh bising jika filem sendiri tidak diklasifikasikan kepada PG13 atau PG18. Sepatutnya isu-isu seperti ini harus diketengahkan kepada pihak censored board. Sebagai penerbit, mereka boleh membuat rayuan dengan memberikan hujah-hujah serta kertas kerja yang bagus untuk dibentangkan kepada pihak berkenaan. Tambahan pula, censored board mempunyai panel rayuan mereka sendiri untuk memantau isu-isu seperti ini.”
Selain itu, pelakon berpengalaman ini turut menyatakan bahawa isu perbalahan antara Syamsul dan Amani bukanlah satu perkara yang serius. Bagi Rosyam, mereka hanya meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing. Sebagai individu yang lebih berpengalaman dalam bidang industri, dia akui tidak menyebelahi mana-mana pihak dan lebih selesa untuk bersifat neutral.