Koleksi Sensasi

Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad

 Pelakon Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti.

Fahrin, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana merasakan lebih sesuai untuk mendampingi wanita golongan berkenaan apatah lagi ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.