Koleksi Sensasi

Hiew Chen Guang Pemandu Teksi Dipukul Meninggal Dunia


Hiew Chen Guang pemandu teksi yang koma dipukul kini meninggal dunia. Mangsa menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada pukul 2.55 petang 7 Oktober 2013 akibat pendarahan dalaman dibahagian otak. 

Mangsa yang berusia 66 tahun koma selama seminggu akibat dipukul pada 30 September lalu. Insiden bermula apabila mangsa dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya di jalan Kelang Lama pada pukul 7 pagi 30 september 2013. 

Mangsa kemudiannya diserang oleh seorang penunggang motosikal yang lain sehingga dibelasah teruk.