Koleksi Sensasi

‘Hubungan Kami Memang Renggan’ – Diana Rafar Jelas Isu Rumahtangganya Dengan Zamarul

Jarang sekali kita dengar gosip mengenai rumahtangga pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham. Tiba-tiba ada khabar angin mengatakan mereka berdua kini berdepan masalah rumahtangga dan hubungan suami isteri itu semakin renggang. Gosip berkenaan mula tersebar apabila pasangan itu jarang dilihat keluar bersama.


Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, Diana Rafar menepis tuduhan berkenaan. Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 31, berkata, hubungan mereka tidak menghadapi sebarang masalah sebaliknya Zamarul terlalu sibuk di lokasi penggambaran mengakibatkan pelbagai andaian timbul. Diana mengakui ada kalanya dia berasa hati terhadap Zamarul yang jarang mempunyai masa untuk bersama dan mereka pernah membincangkan perkara tersebut. Bagaimanapun kata Diana, dia harus memahami kesibukan suaminya itu merupakan satu pengorbanan terhadap keluarga.

“Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama. Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama. Biasalah bila pergi ke majlis tanpa suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa? Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat,” tuturnya.

Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada 16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun. Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.